Tuesday 6 March 2012

Syarat-Syarat Pertandingan


Pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban 2012.


1. Pertandingan terbuka untuk kategori solo sahaja.

2. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas

3. Untuk pertandingan peringkat awal para peserta dikehendaki membawa sebuah lagu & CD muzik minus-one sendiri. Peserta boleh juga menyanyi menggunakan gitar atau tanpa menggunakan alat muzik. Bagaimana pun, untuk peringkat separuh akhir, para peserta wajib menggunakan muzik minus-one sendiri.

4. Lagu-lagu yang dipertandingkan ialah mana-mana lagu Iban yang dirakamkan dalam tahun 2000 dan sebelumnya. Untuk kemudahan para peserta, mereka dinasihatkan agar merujuk kepada senarai laguk lasik Iban yang telah diiklankan pada akhbar Utusan Borneo dan blog Pertandingan Bintang Lagu Klasik Iban (http://pblki.blogspot.com).

5. Untuk pertandingan akhir, para peserta akan membawa 2 buah lagu dari senarai yang telah ditetapkan.

6. Lapan (8) peserta peringkat akhir akan diiringi oleh “live band” yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

7. Hadiah pemenang adalah seperti berikut :-


            (i) Juara -WangTunai RM2500 + Trofi + Certificate
            (ii) NaibJuara - WangTunai RM2000 + Trofi + Certificate
            (iii) TempatKetiga - WangTunai RM1500 + Trofi + Certificate

                            
              (iv) Persembahan Terbaik – RM500

             (v) Lima hadiah saguhati

8. Yuran pertandingan ialah RM20.00 dan peserta tidak dibenarkan menuntut balik yuran pertandingan tersebut jika ingin menarik diri pada saat-saat akhir.

9. Borang penyertaan pertandingan boleh didapati daripada keratin akhbar Utusan  Borneo yang perlu dilengkapisi dan dibawa pada hari pertandingan. Borang penyertaan tidak dibenarkan difotostat

10. Artis rakaman lagu komersial tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

11. Keputusan Hakim adalah muktamad dan tiada rayuan dari segi surat-menyurat atau lisan akan dilayan

12. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak penganjur melalui nombor berikut 013 8266081 (Isa Lee), 012 8864745 (Homery) dan 019 8368145 (Jay)

No comments:

Post a Comment