Friday 13 April 2012

FAQ Pertandingan Bintang Klasik Lagu Iban 2012


1. Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
Warganegara Malaysia 17 tahun ke atas dan tidak mempunyai album.

2. Bagaimana untuk mendaftar?
Pendaftaran dibuka dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari pertama (Sabtu) sahaja. Dihadkan kepada 120 peserta pertama yang mendaftar. Pendaftaran boleh dilakukan di lokasi ujibakat di meja pendaftaran.

3. Bolehkah kami membawa lagu sendiri?
Boleh. . Sekiranya anda ingin membawa lagu sendiri, sila bawa minus one (dalam bentuk CD ataupun VCD) bersama. Pastikan lagu yang di pilih adalah pada tahun 2000 ke bawah.

4. Bagaimana pemilihan dilakukan?
Di peringkat audition, separuh akhir pemilihan dilakukan oleh juri-juri professional jemputan, guru vokal dan seorang wakil dari PPSKDK

5. Apakah kriteria nyanyian yang dinilai?
Mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni, serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

No comments:

Post a Comment